14 Februari. Tarikh keramat bagi orang yg sedang asyik dilamun cinta, mungkin?
Bagi aku yg dah kahwin + ada anak ni, 14 Februari tuh macam hari-hari biasa. X ada nak celebrate apa-apa pun. Sama jek. Hari-hari aku cakap 'I Love You' kat bini aku. Dia pun sama.
Cuma teringat masa sakan dok bercinta masa kat Kolej dulu. Hahahahahah. Celebrate bagai nak rak. Beli kad, beli bunga, keluar dating. Ecehhhh.. Dating pun kat mana jek, Seremban Parade. Tahun 1998, apa la yg ada kat Seremban tuh.. Lain la skang nih, macam-macam ada kat Seremban.
Berbalik pada hari Valentino nih, aku rasa, x payahlah nak sambut sangat. X penting pun tarikh tuh. Hari-hari pun bleh buktikan ayat-ayat cinta. Lagipun, bukan budaya orang Islam. Kalau baca sejarah hari Valentino tuh, mungkin korang x teringin nak sambut. Baik korang standby untuk bangun pagi esok.
Esok hari apa? Hari yg bersejarah untuk umat Islam, kerana pada hari ini, beratus tahun dulu, Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W lahir. Kita patut menyambutnya dengan banyak berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad. Insya Allah.
So, hari nih ada interview. Asyik buat kerja adjuster jek. Saje jek try Brokerage. Tapi macam x kena ngan jiwa raga la pulak. Tengok lah macam mana.
Nanti aku sambung balik..
Sunday, February 13, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment