Thursday, February 17, 2011

Arsenal vs Barca UCL 2010/2011

Yay!! Barca was gunned down last night!

Ada hati nak tengok, last-last terbongkang depan TV.

Tunggu la 2nd leg kat Nou Camp la pulak.

Nervous!

Survey! Survey!

Aduh. Hari nih penat sangat. Ada 3 survey. Air Hitam. Batu Pahat. Sri Medan.

Pagi-pagi dah bertolak ke Kg. Melayu. Pekena roti tampal garing. Sedap wooooo.. Punya la syok makan, tak sedar pun dah dekat pukul 10.00. Janji dengan Insured, sampai rumah dia pukul 11.oo. Bateri kereta pulak 'kong'.. Camana nih.. Nasib baik tokey kedai bateri baik hati. Bayar separuh dulu. Balik rumah. Amik duit. Bayar kat tokey kedai, terus lincah gi Air Hitam.

Sampai Air Hitam dalam pukul 12.3o. Nasib baik Insured memahami.. Sikit lebih kurang, bertolak ke Batu Pahat. Ada excavator pulak tenggelam. Kat Sri Medan pulak tuh. Kena pergi Sri Medan pulak.. Sambung lagi Flood HHO claim. Jam dah pukul 3.30. Arghhhh.. Makan pun belum...

Rasa macam malas pulak nak lalu Yong Peng. Last-last, ikut Parit Yaani. Syoknyer layan rumah-rumah kampung kat Parit Yaani. Teringin nak ada rumah kat area situ..

Sampai JB pukul 5.30, balik rumah, mandi. Terus pegi rumah Adik, layan Mikhail. Dia macam demam jek. Demam belajar merangkak! Heheheheh. Syoknyer tengok anan dah sampai stage nak merangkak nih. Stand by la aku.. Penat la nak mengejar Mikhail lepas nih.

Tuesday, February 15, 2011


Wahhhhhhhhhh...!!
BZnyerrrr.. Semenjak balik dari Segamat nih, makin bz... Or, buat-buat bz jek...?
Semua nak cepat. Insured nak cepat. Insurers nak cepat. Salvage pun nak cepat. Rileks laaa.. Nak cepat, buat sendiri.
Ok laaaaa... Lunch time!! Makan apa yerkkkkkk?

Sunday, February 13, 2011

Valentino Day

14 Februari. Tarikh keramat bagi orang yg sedang asyik dilamun cinta, mungkin?
Bagi aku yg dah kahwin + ada anak ni, 14 Februari tuh macam hari-hari biasa. X ada nak celebrate apa-apa pun. Sama jek. Hari-hari aku cakap 'I Love You' kat bini aku. Dia pun sama.

Cuma teringat masa sakan dok bercinta masa kat Kolej dulu. Hahahahahah. Celebrate bagai nak rak. Beli kad, beli bunga, keluar dating. Ecehhhh.. Dating pun kat mana jek, Seremban Parade. Tahun 1998, apa la yg ada kat Seremban tuh.. Lain la skang nih, macam-macam ada kat Seremban.

Berbalik pada hari Valentino nih, aku rasa, x payahlah nak sambut sangat. X penting pun tarikh tuh. Hari-hari pun bleh buktikan ayat-ayat cinta. Lagipun, bukan budaya orang Islam. Kalau baca sejarah hari Valentino tuh, mungkin korang x teringin nak sambut. Baik korang standby untuk bangun pagi esok.

Esok hari apa? Hari yg bersejarah untuk umat Islam, kerana pada hari ini, beratus tahun dulu, Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W lahir. Kita patut menyambutnya dengan banyak berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad. Insya Allah.

So, hari nih ada interview. Asyik buat kerja adjuster jek. Saje jek try Brokerage. Tapi macam x kena ngan jiwa raga la pulak. Tengok lah macam mana.

Nanti aku sambung balik..

Thursday, December 16, 2010

December

Dalam x diam, dah sampai December. Lagi 2 minggu, tiba tahun baru. Kalau tahun baru, mesti ada azam. Apa azam tahun 2011. Azam tahun 2010, macam mana?

Monday, November 15, 2010

Hari Raya Aidiladha

“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu” (Surah al-Hajj: 34)

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Raya tahun nih, x dapat balik beraya kat KL @ Selama. Suppose nak kena pergi Tg Pinang untuk urusan maid, tapi x jadi sebab maid masih belum dikesan. Lagipun, wife x dapat cuti. Berayalah kami anak beranak. Malam tadi ada telefon Daddy. Macam biasa, dia ada ibadah korban esok. Rajinnyer orang tua tuh. Masih kuat. Alhamdulilah!

Kat opis nih, x der la bz sangat. Banyak jugak FR yg aku nak kena buat. Nasib baik dah apply cuti siap2. Boleh la lepak2 kat rumah, melayan Mikhail. Boleh jugak habiskan COD : Black Ops.

Ordinary Life

Ada survey pulak kat GP Hotel. Plate Glass policy. Aduhai.. Nak memanjat hotel yg boring nih.. Rupanya, ada guest mabuk kat tingkat 24, buat cubaan nak terjun.. Tapi x terjun jugak. Habis kotor carpet dengan darah. Tu lah. Kalau x pandai minum arak, jangan la nak eksyen. Minum Vitagen (Or Thaivirgin, bak kata Qaddir) pun dah kira OK..

Kena pulak pergi ambik signed Discharge Voucher dari Insured. Yg best nyer, dorang claim dalam RM 200k, dapat RM 90K ajer.. Kesian.. Tapi bukan aku yg buat adjustment ehhh.. Atas arahan Insurer.. (Biasa la.. Insurans nih kerjanya nak potong claim aje). Bincang punya bincang, Insured x nak sign Discharge Voucher. Nak buat appeal pulak. Aduhai.. Pending lagi. Lantak korang la... Janji report aku dah siap.

Owhh.. Saat yg dinantikan.. Balik rumah.. Rindunyer kat Mike!! Demam dia dah OK sikit. X banyak meragam. Kesiannyer!! Mama, cepat balik! Mike rindu! Ayah pun rindu!